salam

ASSALAMUALAIKUM HAMBA-HAMBA ALLAH

Friday, 2 December 2011

Mainkan perananmu wAhaiiii si lelaki dayus!!!!!

 Adakah seseorang yang digelar sebagai ketua keluarga akan masuk ke dalam syurga? Andai membiarkan  anak gadisnya tidak menutup aurat dan membiarkan anak gadisnya berpakaian seperti tidak cukup kain, terbelah sana, terbelah sini…dedah itu dedah ini?  Natijahnya, tidak akan masuk syurga seorang lelaki (dayus) andai membiarkan anak perempuan dan isterinya tidak menutup aurat, membiarkan anak dan isteri bepegangan-pegangan dengan lelaki lain. Permasalahan ini, boleh dilihat oleh kita semua didalam kaca televisyen. Dimana terlalu banyak aksi-aksi ini dipertontonkan. Sehingga kadang-kadang pernahkah anda terfikir, adakah mereka yang melakonkan watak ini tidak tahu membezakan dosa dan pahala.?! 


 Nabi SAW pernah ditanya tentang siapakah dayus, “ Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” jawab nabi SAW, iaitu seorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).Wahai ketua keluarga! Tegaslah kepada anak gadis dan isterimu agar tidak sewenangnya mereka membiarkan aurat mereka menjadi tatapan buas oleh si mata sang-sang adam diluar sana. Langkah inisiatif perlu dilakukan, iaitu dengan mendidik anak dan isteri kearah pembentukan keluarga sakinah yakni anda sebagai ketua keluarga perlu mentarbiah diri anda. Nescaya, anda boleh mentarbiah diri mereka dengan ilmu keagamaan dan sekali gus mengamalkannya.    

Tetapi, hal ini tidak sewajarnya kita menyalahkan insan ini 100%, kerana hal ini mungkin diasbabkan oleh pelbagai faktor antaranya disebabkan pengaruh persekitaran, pengaruh rakan dan terutamanya pengaruh media massa.....Oleh yang demikian, wahai kaum hawa..........kasihanlah kepada insan yang bergelar ayah dan suamimu...hanya disebabkan kitalah insan ini tidak dapat menghidu haruman syurga....wahai wanita..jikalau insan ini telah menegaskan kepadamu supaya menutup aurat, maka kita perlu mematuhinya!!!!!!! bukan sahaja ia disebakan perintah daripada suami dan ayahmu..Tetapi, ia adalah perintah terus daripada Allah yang Maha Hebat! Maha Besar.......


Cuba anda perhatikan dialog ini diantara:

Mak joyah (bukan nama sebenar ^_* ):   kau tengok tu Jemah isteri dengan anak dara Haji Talib      (bukan nama sebenar) tu...bukan main SEKSI lagi dorang. Ni baru orang tua yang tengok..Belum lagi anak-anak muda kat kampung ni yang tengok..ntah-ntah lagi teruk cara pakaian dorang tu!


Mak Jemah (bukan nama sebenar) : A'ah la yah...suami si perempuan tu kan haji.. takkan la si Haji Talib  tu tak suruh anak dgn isteri dia  pakai sopan-sopan sikit. MasyaALLAH! apa nak jadilah dengan dorang ni.. makin lama aku tengok, makin berkurang kain dua beranak tu.


Mak Joyah  : ntah la mah oiiiii..kalau aku ketua keluarga dua beranak tu...dah lama dah aku halau dorang dari rumah aku  buat malu keluarga je...Padahal, tak silap aku keluarga isteri Haji Talib ni pun..Kebanyakkannya dah naik haji Tapi,. jadi camni pulak keluarga dorang ni yang anak daranya pakai baju takde lengan..yang maknya pulak tak cukup kain terbelah sana terbelah sini...


Mak Jemah    : Harap-harap..tak jadilah benda ni kat keluarga kita ye Yah oi....
                                                                 
3........2..........1..!!!!!!!!!!
TAMMMMMAAAAAAAAAATTTTTT    SUDAAAHHHHHH!!!!!!!


Amacam seronok tak baca dialog diantara Mak Jemah dengan Mak Joyah?? Seronokla sangat ye..koje dorang ni asyik mengumpat aje..makin banyak dosa je..!!! Sebenarnya niat ana nak mencoret lagi panjang dialog dorang ni...Tapi, disebabkan asyik mengumpat je..ana pun tak larat da..
seee?????? ana sendiri pun tak mampu nak tulis panjang-panjang!! ni kan pulak orang yang diumpat..agak-agak apalah perasaan Haji Talib ye..bile dia tahu yang diri dan familynya diumpat, sedangkan Haji Talib sendiri telah memastikan supaya anak dan isterinya menutup aurat... TETAPI!!!!!! disebabkan kedegilan anak dan isterinyalah yang menyebabkan nama baik Haji Talib tercemar..




Wahai Hawa.......daripada kisah rekaan di atas tidakkah anda berasa kasihan kepada ayah dan suamimu????? Disebabkan kita!! maruah insan ini tecemar..sedangkan insan ini yang mengalakkan anda agar mengikut perintah yang Maha Agung. Tidak kira dari segi menutup aurat, solat. puasa dan sebagainya. Tetapi!!!!!!! jika anda tidak mengikut perintah insan ini dan Yang Maha Agung...adakah anda rasa anda tidak berdosa???? tepuk dada, tanya iman~~~~~~~


Tetapi, tidak dilupakan juga kepada insan-insan yang digelar sebagai dayus.. kerana andalah kaum adam!!! isteri dan anak-anak mu tidak menutup aurat, berpuasa, solat dan sebagainya..Hal ini kerana, diri anda yang tidak mempunyai kekuatan untuk membentuk keluarga sakinah. Diingatkan sekali lagi! tegaskanlah dirimu!, pikul tanggungjawab yang diamanahkan ALLAH kepadamu!!!!!!!...Jangan disebabkan anak dan isterimu yang tidak mengikuti perintah agama.. Anda wahai Kaum Adam! tidak layak untuk mencium bauan syurga...wallahualam~~~























No comments:

Post a Comment