salam

ASSALAMUALAIKUM HAMBA-HAMBA ALLAH

Thursday, 8 December 2011

berJALan Tanpa Henti....(untuk mencari Redha Illahi)



Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah

Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu

Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah PadaNya
Yang Kuasa dikau berserah


Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa

Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia...........

ALHAMDULILLAH.............sedap betoi ana dengar lagu daripada DEvotees...mabruk!..(.klaw tak pernah dengar tu...buka la kat u tube ye...)

sekurang-kurangnya lagu-lagu yang macam ni lah yang akan menyuntik semangat kita dan sekali gus dapat memotivasikan diri.... selain daripada lagu Unic yang bertajuk wawasan yang pernah ana update aritu....

Serius, selama ni ana paling tak suka dengar lagu nasyid...masa zaman sekolah ^_*...ana paling suke dengar lagu daripada Maroon 5, Justin Timberlake..bla2.. masa tu memang besttt la... melayan aje..

Tapi, bila ana start belajo dekat KoLEJ uNITI.. minat ana makin terus mendalam t0k dengar lagu nasyid ni...Alhamdulillah tenang...^____________^

Tak mo cite panjang2..ana nak terus patah balik tentang lagu Devotees nih..
ana paling suka part ni:


Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia...........



Sangat setuju dengan lirik diatas... grup Devotees mengajak kita supaya jangan berputus asa. Tapi, bukan Devotees saja yg ajak kita supaya jangan berputus asa...Allah yang Maha Hebat! Pencipta kita pun menegaskan didalam kalamNya..Allah menyatakan agar kita sebagai hambaNya jangan berputus asa dari rahmatNYA...(insyaAllah)

putus asa disebabkan apa?? putus asa mungkin kita takde kesabaran..betul tak??
sume manusia pernah berputus asa. Contohnya, wat assigmentkan kekadang kita tak dapat cari bahan..So, kita pun surrender "ah malas ar nak cari g, aku buat jela apa yang ada...g p0n miss bukannya tau pon." (ayat yang selalu diguna leh student)...^_______*.

Oleh yang demikian, kita sebagai muslim diharuskan untuk bersabar dalam menjalankan dan melaksanakan perintah Allah...(InsyaAllah)


Firman Allah SWT yang bermaksud "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali," . Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." Al-Baqarah (Ayat 156).

UJIAN LUMRAHNYA DUNIA....

Ya sume manusia  ditimpa musibah...takde seorang pon dimuka bumi Allah ini tidak ditimpakan musibah, sedangkan Rasulullah sendiri ditimpa pelbagai dugaan  untuk menyampaikan risalah islam kepada umat Baginda inikan pula kita yang hanya manusia biasa...

macam -macam ujian yang Allah berikan kepada hambanNya dari segi penyakit, kewangan, keluarga dll....

Tetapi, dalam kita ditimpakan ujian daripadaNya...
Allah tetap memujuk kita... baikkan Allah^_^..dalam kalamNya Allah menyatakan agar kita bersabar dan jangan bersedih hati...andai kita orang yang beriman..

ALLAH sangat baik...lagi 1 Firman ALLAH:

"hai orang-orang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. sesunggunnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar " (Al-Baqarah 153)..


mudah-mudahan kita menjadi hambaNYA yang terus sujud kepadaNYA...walaupun dugaan datang menerpa...ammmmmiiiiiiiinn.... insyaAllah.




"YA Allah yang Maha Membolak balikkan hati, janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberikan kami hidayah-MU "

AMMMiiiINNNNNNN ya Rabb....


















Tuesday, 6 December 2011

Muslimah Solehah itu Berbeza...


Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana...
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Bukan bimbang dipandang tidak menarik,
Tapi demi memastikan syariat Allah dilaksanakan dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama,
Kepuasan Allah itu kerisauannya.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana...
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
Bukan kerana takutkan poligami,
Bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata-mata patuh pada seruan Ilahi,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana....
Walau jauh dia berada,
Walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
Yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia,
Syurganya di dunia,
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi...^_^

copy and paste^_*

ImaN senilai 20 sen



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.



Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.


Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermanfaat!


Sunday, 4 December 2011

PaleSTIN itu jauh DARi kita????????














Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara yang merdu
atau muzik yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan




























Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi… pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?


umat islam sentiasa b0leh!!!!!












Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia.....

SubhanAllah.........kalau anda sume dengr lagu daripada UNIC msti rasa cm smngt ckit.....best k0t......^-^
aiwa.......kite sume umat islam msti sntiasa b0lh..............sbb ape?? kerana kita ada Allah...ble kita sntiasa ikut perintah Allah & bergantung sepenuhNya pada Dia...InsyaAllah Allah akan bantu...

jangan buang masa!!!! itulah serangkap lirik diatas yang menjelaskan kepada kita agr kita jangan membazirkan masa yang Allah pinjamkan kepada kita dengan perkara yang sia-sia.....

Wahai pemuda -pemudi islam!! apa yang telah kita sumbangkan kepada diri kita, bangsa, keluarga, negara dan terutamanya kepada agama islam yang tercinta...???
 
adakah kita hidup didunia ini hanya untuk suka-suka? sedangkan Allah yang Maha Hebat sendiri telah berfirman didalam kalamNya..." tidak Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku"....subhanAllah.. andai kita memahami ayat suci ini, insyaAllah kita boleh menjadi lebih baik.

cuba anda bayangkan...peredaran masa yakni ciptaan siang dan malam yang diciptakan dan diaturkan Allah kepada kita...........adakah kita hanya hidup didunia dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah setiap hari...tanpa perlu melakukan kebaikan? apa yang kita selalu buat setiap hari seperti makan,mandi ,tidur,kerja,belajar, dan sebagainya...selepas itu, kita bangun lagi dari tidur untuk melayari hari-hari yang berikutnya dengan melakukan perkara yang sama setiap hari...?.

adakah kita diciptakan Allah tanpa tujuan..?? apa yang disasarkan dalam fikiran kita untuk kehidupan ini? Sebagai contoh, bila kawan-kawan yang lain ada boyfriend & girlfriend........S0, kita p0n nak mencapainya juga, kalau takde nanti kawan-kawan ingat kita tak laku^_*.......bila orang lain ada kereta besar, rumah besar, isteri cantik dll..... itu pun kita nak jugak.......Hal ini kerana, bagi insan seperti ini mereka menganggap mereka sudah mencapai tujuan hidup mereka..Adakah ia betul??

Bagi ana ia belum lagi dicapai andai diri dan hati masih mengejar hal-hal keduniaan........ 
Alangkah indahnya andai diri kita semua sentiasa mengingati mati dan mengejar hal-hal yang berkaitan ukhrawi.......
Alangkah baiknya andai kita menolong agama Allah...Allahuakbar!!, 
man ansorullah?
nanhu ansorullah!
Ya!! diakhir zaman yang penuh berliku ini, kitalah penolong agama Allah.
Kitalah penyambung insan yang menyampaikan risalah Rasululullah SAW...
agar kita dapat menjadi sebahagian daripada insan-insan yang  melakukan hal-hal yang dicintai Allah...
"apabila kita menolong agama Allah, Allah pasti akan memudahkan urusan kita"
Seperti kisah Imam Hassan Al Banna, dimana beliau sering sahaja berdakwah di sana sini..dan keesokkan harinya beliau akan menghadapi peperiksaan tanpa membuat sebarang persiapan. Tetapi, disebabkan keyakinannya kepada ALLAH...Allah membantu beliau dengan cara Bermimpi........

BeRMIMPI???

yA bermimpi!!!! Dimana dalam mimpi tersebut gurunya membaca segala kitab kepada beliau dari awal hingga akhir...........Dan keesokan harinya, beliau dapat menjawab dengan tenang.....subhanALLAH...

Berdakwah?????? ramai yang menyatakan berdakwah khusus untuk orang-orang yang pakai tudung labuh dan berkopiah je....
Betul ke?

tidak betul sama sekali...semua orang boleh berdakwah dengan hanya menyampaikan sepotong ayat yang bermanfaat kepada orang lain pun...ia dah dikira sebagai berdakwah. Sabda baginda " sampaikan daripadaku walaupun dengan sepotong ayat."

Diharapkan sekali lagi, dan diingatkan juga kepada diri yang hina ini...supaya kita jangan membuang masa kerana apa....?? 

fIRMAN yang termaktub didalam kalamNyA  menyatakan...
"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, kecuali orang -orang yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-berpesan dengan kebenaran dan berpesan-berpesan dengan kesabaran" ( surah al-asr). jUSTERU ITU, KITA SEBAGAI UMAT ISLAM PASTI AKAN CEMERLANG berbanding mereka yang istidraj kepada ALLAH...insyaALLAH...........

‎~♥~Nak jadi  muslim dan muslimah itu susah~♥~
~♥~Nak jadi mukmin dan mukminah jua susah~♥~
~♥~Nak jadi mujahid dan mujahidah lagilah susah~♥~
~♥~Nak terus istiqamah super-susah~♥~
~♥~Namun biar susah, biar rebah~♥~
~♥~jangan endah jangan kisah~♥~
~♥~Teruslah tabah jgn goyah! ~♥~
~♥~Berdirilah dgn gagah ! ~♥~
~♥~Demi Allah, demi soleh dan Solehah~♥~
~♥~Kerna pengakhirannya sudah pasti indah~♥~
~♥~IAITU menang atau kamu bidadara dan bidadari JANNAH!!~♥~

Oleh itu, dalam kita menempah tiket kejayaan, pasti ada Ujian dan Dugaan tanpa kita minta dan duga, namun Allah juga tidak akan membebankan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Kita perlu terus berusaha dan jangan berputus asa.
Firman Allah: Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah..
InsyaAllah selagi kita berpegang dengan tali Allah, Allah akan sentiasa membantu dan melindungi kita. InsyaAllah.. 


UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!!!!!!!!!!




Friday, 2 December 2011

(WAHAI WANITA! ENGKAU ADALAH FITNAH! DIMANAKAH MALUMU?)

            Wanita itu diibaratkan seperti bunga dan diibaratkan bagaikan permata yang lama terkubur dilembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi. Malah, keindahan wanita juga terserlah pada kelembutan gerak langkah, kecantikan budi pekerti dan akhlak yang terpuji. Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari segi kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda, “dunia ini adalah perhiasan, dan seindah perhiasan adalah wanita solehah”. Daripada hadis ini (hadis Riwayat Muslim), terbukti bahawa martabat wanita begitu tinggi didalam islam. Perhatian islam terhadap wanita, tidak sekadar melepaskannya dari lembah  bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya. Islam juga memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi. Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan kearah kebahagian. Ketiga, wanita adalah anugerah Illahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.



Wahai wanita. Kita adalah fitnah kepada kaum adam! Bagaimanakah cara kita hendak menerajui kehidupan dengan baik? andai sifat malu dalam diri seseorang wanita itu semakin pudar. Bak kata pepatah,sifat malu itu adalah fitrah. Malu dapat ditafsirkan sebagai saturasa, menahan, menyendiri, berubah dan mengalah yang dirasai seseorang lantaran bimbangkan perkara yang boleh mengaibkannya. Iman mempunyai 60 lebih cabang. “Malu, adalah salah satu cabang iman.” Riwayat al-Bukhari,  “sesungguhnya setiap agama mempunyai akhlak. Akhlak islam ialah malu.” Riwayat Ibnu Majah dan “ malu tidak datang melainkan (membawa) kebaikan.” Riwayat al- Bukhari.

Antara asbab yang menyebabkan sifat malu dalam diri wanita dewasa kini berkurang adalah disebabkan faktor pergaulan yang terlalu bebas. Lihat diluar sana, remaja-remaja wanita yang sanggup bersengkang mata untuk menghabiskan masa bersama kekasih hati. Amat menyedihkan, apabila  pergaulan antara wanita dan lelaki semakin menjadi-jadi dan seperti telah menjadi kebiasaan. Mereka bertepuk tampar sesama sendiri, sedangkan islam telah mengariskan batas-batas pergaulan yang telah termaktub didalam Al-Quran dan as-sunnah. Wahai wanita, lelaki yang baik ialah mereka yang tidak mengeluarkan kata-kata indah, merayu-rayu kepada wanita, lelaki yang baik ialah mereka yang bukannya malu kepada wanita. Tetapi, mereka malu kepada Allah dan takut akan dimurka Allah. Disebabkan itu wahai wanita, benteng ketahananmu menjadi semakin runtuh apabila lahirnya budaya bebas berpegangan tangan, keluar berdua-duaan. Hadis ada menyebut apabila seorang lelaki dan seorang wanita keluar berdua-duaan. Maka, akan adanya yang ketiga iaitu syaitan.


Wahai wanita, hayatilah kata-kata nasihat daripada Syeikh Ali Tantawi buat semua muslimah. “Wahai puteriku…Aku seorang bapa yang memasuki usia 50 tahun. Usia muda telah aku lewati. Aku tinggalkan kenangan, impian dengan segala ujian-ujian dunia. Banyak yang aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak. Semua itu berterusan aku sampaikan ,aku tulis, aku khutbahkan ..,sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara, perbuatan mungkar terus ditemui, wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan , pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Wahai puteriku.. pintu pemulihan ada dihadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.”

 “Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk. Engkau berkata kepada pencuri: “ silakan masuk..” dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu, barulah engkau berteriak …, “tolong!..tolong..! aku kecurian.” Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing dalam ancaman cengkaman serigala.”

“Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar kambing.., dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu. Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu.., iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala. Wahai puteriku……….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.”

“Aku bersumpah lagi: “ Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat  dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab. Bohong!……bohong!…demi Allah! dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan diantara mereka,pasti engkau takut dan ngeri. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak- tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal. Apakah sesudah itu puteriku?? Renungkanlah!.



Akhir kalam, keimanan perlu disuburkan dan dimantapkan . penyuburan dan pemantapan iman mesti dilakukan melalui ilmu dan amal ibadah dan hayatilah pemakaian kita didalam solat. Sebagaimana kita berpakaian sempurna semasa mengadap Allah , mengapa tidak kita praktikkan dalam kehidupan luar. Kerana itu, betapa islam telah  meletakkan kaum wanita sebagai tunjang dalam peradaban islam yang agung. Maka, antara kemuliaan islam adalah kerana ia telah memuliakan wanita dan menegaskan kewujudannya serta kelayakannya untuk menerima taklif dan tangungjawab, pembalasan dan berhak pula masuk ke dalam Jannah. Meminjam ungkapan kata daripada, ustaz Zaharuddin “ wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan islam di atas muka bumi. Rosaknya kamu wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuh institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.” Oleh itu, wahai wanita jadilah seperti ‘seindah mawar berduri’, yang hanya boleh dimiliki dan disentuh oleh mujahid yang benar-benar setia kepada Allah dan Rasul-Nya.