salam

ASSALAMUALAIKUM HAMBA-HAMBA ALLAH

Thursday, 27 September 2012

ALLAH pasti akan membantu

BISMILLAHIRAHMANHIRAHIM

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~~~~~~~

Assalamualaikum wbt

kepada semua sahabat blogger

apa khabar anda semua pagi ni? moga sentiasa dirahmati ALLAH selalu...amin..

sahabat sekalian, hari ini sy diberikan kesempatan daripada ALLAH untuk  sy menulis lagi...

Tajuk post sy hari ini ialah ALLAH pasti akan membantu?? ya, memang tajuk ni yg sy pilih sebab bg sy para hamba ALLAH sering kali dilanda ujian yg datang dgn pelbagai bentuk...betulkan??

Memetik kata-kata ustaz Pahrol Mohd Juoi katanya "kita adalah merupakan seorang hamba yang LAYAK untuk diuji"

Jadi memang sy sangat SETUJU dgn kata-kata yan dilontarkan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi ni...

Sahabat blogger sekalian...
entri sy pada kali ini ialah untuk berkongsi dengan anda semua tentang corat-coret kehidupan sy sebagai seorang hamba ALLAH yg TERSANGAT kerdil ini..

sy pernah berdoa kpd ALLAH sebelum sy menamatkan pengajian sy di tingkatan 5..sy meminta segala-galanya kpd ALLAH...antaranya sy mengharapkan ALLAH mempertemukan sy dgn sahabat2 yg baik akhlaknya,imannya agar mereka akan dapat membimbing sy tika sy akan menyambungkan pelajaran di IPT..Ketika itu sy meminta dgn penuh rasa kehambaan..al-maklum, waktu itu sy baru ingin berubah untuk menjadi seorang muslim sejati...insyaALLAH..

dipendekkan cerita,ketika sy telah ditakdirkan untuk menyambungkan pelajaran di sebuah IPTS tempatan di sebuah kolej...kenapa sy pilih Kolej itu? Pada hakikatnya sy byk mendapat tawaran di IPT2 lain (anda pun mesti macam ni jugakkan)...ha, itulah namanya TAKDIR ..Jadi bila sy telah masuk je kawasan KOLEJ tu..sy terasa begitu janggal sebab  suasananya begitu islamik..Tambah2 lagi ramai pulak akak2 SENIOR yg memakai tudung labuh..Wah! dahla masa zaman sekolah dulu sy memang anti dgn org yg pakai tudung labuh...

Ha, dipendekkan lagi cerita, ketika sy di asrama kolej tersebut sy kerap turun ke surau...SubhanALLAH,hampir setiap hari sy menghadirkan diri sy disurau dengan pelbagai majlis ilmu yg dianjurkan...Alhamdulillah ketika sy masih lagi di semester 1 sy telah dipertemukkan dgn para wanita solehah di kolej tersebut..Akhirnya sy dipertemukan dgn sahabat yg baik di kolej tersebut..ALHAMDULILLAH...selama lebih setengah tahun akhirnya sy dapat bertemu dgn seorang sahabat dunia dan akhirat sy...(hanya ALLAH saja yang tahu nama si dia)...Ok, sy nak terangkan di sini...cuba bayangkan sy berdoa kepada ALLAH sebelum sy mula belajar di kolej tersebut pada tahun 2009..dan akhirnya ALLAH mempertemukan sy dgn sahabat sy dunia/akhirat pada tahun 2010 or 2011...(maaf xhengat)

Orang kata >>>>>>>>

ERTINYA PERSAHABATAN ialah
~Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
~Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
~Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
~Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH.


Sy nk tanya siapa yang makbulkan doa sy?

mestilah ALLAH

siapa yang membantu sy dan melancarkan urusan sy sehingga sy boleh menamatkan pengajian sy sehingga semester 6?

mestilah ALLAH...
Ya, pergantungan sy hanya kpd ALLAH...sy sering meminta kepada ALLAH walaupun pada hakikatnya sy TERKADANG lupa kpd ALLAH..ASTAGFIRULLAH..

ALLAH tetap memberikan sahabat yg baik dan solehah kpd sy...samada cepat atau lambat...ALLAH tetap membantu..Baiknya ALLAH

p/s::::: sahabat-sahabat yang baik tu tentunya di KOLEJ UNITI, PORT DICKSON :p



ha, besarkan!!!!!!!hahaha....ni logo kolej kesayangan sy...ditarbiah di sini :p



entri ke-2::::::::

Orang kata,

hai..ni sekolah yang sy pernah belajar dan pernah juga mengajar...ALHAMDULILLAH



ok, ni pula radio favourite sy...hurm,...ALLAH sj yang TAHU....DAN ALLAH pasti akan membantu...aminnnnn
ikim fm...pilihan utama anda...:p

 
Orang yang beriman selalu mempunyai cara sendiri untuk menata hatinya, meski berlawanan dengan apa yang ia terima dalam kehidupan. Ketika mendapat musibah dan kegundahan, air matanya menitis tetapi hatinya penuh berilham untuk meyakini bahawa apa yang diberikan ALLAH, PASTINYA YANG TERBAIK BAGINYA. Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mungkin penat tetapi tidak pada hatinya, yang terus yakin apabila ia sedang diuji ALLAH, itu adalah tanda bahawa ALLAH masih sayangkan dirinya....Apabila telah sampai sesuatu taqdir ALLAH keatas dirinya, dia menerima dengan menyebut "Sesungguhnya aku telah terplilih. Telah tiba janji ALLAH buatku." SUBHANALLAH.:')

jadi sahabat-sahabat blogger sekalian...
doakan untuk sy ya agar sy dapat mencapai cita-cita sy yang da lama terpendam ni
kerana tujuan sy hanyalah untuk menyebarkan islam dengan cara sy tersendiri...insyaALLAH....AMINNNN...

JUSTERU ITU, saya berpegang dengan ayat ini "ALLAH PASTI AKAN MEMBANTU"

semoga terus tegar, terus tsabat di jalan pemberian Tuhanmu.


ALLAH SWT BERFIRMAN :::::::::::::::::::::

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

MOGA KITA SEMUA AKAN SENTIASA ISIQAMAH DIJALANYA.....DAN TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA UTUK MEMPEROLEHI RAHMATNYA.....ALLAHUMA AMEENNNNNNNNNN.....

Tuesday, 25 September 2012

MENANGISLAH WAHAI PARA HAMBA~~~

Assalam...

Alhamdulillah...akhirnya hari ini dpt juga sy buka blog sy yg da lama sy tinggalkan...(Hehehe...al maklum busy sgt...masyaALLAH...)

apa khabar kwn2 blogger sume? ? moga anda sume sntiasa berada dbawah lembayung rahmat ALLAH SWT....amin insyaALLAH...

Sahabat blogger hari ini sy ingin berkongsi dgn anda semua tentang satu tajuk yg sgt menarik...Tapi....jeng2 artikel yg sy nk tulis ni sy amek drp page FB seorg blogger...(yg pnting dia da beri kbnran UTK  disharekn....xkn kte seorg je nk jd baik n nk msok syurga sorg2...ramai2 msok syurga brulah meriah...betol x?   ^___________^)...so, sbb itulah sy postkan d blog sy yg ntah pape ni...hahaha

sahabat blogger.............


KERANA SEHELAI BULU MATA  (Baca ya!)


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar.


 Saya tak pernah melakukan perkara itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke

 dalam dosa."

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada.

Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Disini tiada


 sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."


Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu..."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang."

Disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu."

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu."

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap."

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu."

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang

 perbuatan aibmu." ujar malaikat.




Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka

 jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari

 sehelai bulu mata berbunyi,



"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata."





"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi

dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah

 dilakukan.



Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat,

 walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan

 dirinya dari ancaman api neraka?



Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat


sampai membasahi saya dengan air mata


penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar 


ke syurga:




"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata"




SUBHANALLAH.....sahabat sekalian 

"nabi bersabda:::: TIDAK AKAN MASUK NERAKA SESEORANG ITU,JIKA DIA MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH"

Maka, pesan sy untuk diri kita sume 

"andai selama ini kte terlalu byk berseronok...terkadang kte terleka...terkadang kte langsung LUPA kpd ALLAH...maka, ambillah sedikit masa utk bermuhasabah diri...kerana air mata taubat itu sangat bernilai disisi PENCIPTA kita.," iNSYAALLAH....





Thursday, 16 February 2012

Dihujung sana

Di hujung sana,
bom dicampak,
roket dibedilkan,
api memarak, asap berkepul..


lalu, kedengaran suara dicelah-celah bangunan yang berkecai..
meminta tolong kepada Allah yang Maha Esa..
Allah...Allah...Allah....
Hanya unkapan itu yang mampu terluah


anak-anak kecil,
umi dan abi,
abang dan kakak,
lari bertempiaran,bersama-sama berpegangan tangan..


Tapi, apabila si Yahudi laknatullah
tidak berhati perut!
dibunuhnya abi!
dibunuhnya umi!
dibunuhnya abang!
dibununhya kakak!
tinggallah si anak kecil keseorangan...






anak kecil yang tidak berdosa itu..
kehilangan mereka yang disayangi...
dengan hanya sekelip mata
disekelilingnya..hanya tinggal mayat yang suci..


Di hujung sana...
anak-anak kecil yang tidak berdosa,
ditembak rakus didada,
dikepala, dikaki, ditangan
kerana dek takutnya mereka kepada lahirnya generasi yang hebat!




ibu yang mengandung,
datuk dan nenek yang tua,
mengigil segala,
menahan ketakutan


Abi..melontarkan tenaga,
membalas segala serangan,
kerana Allah hanya tujuan.


tapi, apakan daya,
dibomnya abi, 
terkeluarlah segala isi.



si anak kecil berlari 
sepenuh tenaga mencari tempat berlindung,
si laknatullah tidak berputus asa,
dipukul, disepak terajang sikecil dengan segala..






Menangis si anak-anak Gaza teresak-esak,
menahan sebak didada,
ditariknya rambut,
ditolaknya anggota,
hingga lemah tidak bermaya...


tubuh si kecil longlai,
diinjak-injak seperti patung percuma,


Dihujung sana, 
apabila silaknatullah,
dirasuki syaitan didalam jiwa,
ditembaknya sikecil yang tidak berdosa
dengan bertubi-tubi diseluruh anggota.


terbeliaknya mata sikecil,
ketika ajal menimpa,
tapi, tersenyumnya sikecil didalam syurga,
tidak ada dosa yang dibawa,
tika menghadap Pencipta.


matinya sikecil dengan hina didunia, 
tapi, mulianya sikecil 
dimata sang Pencipta.


Yahudi Laknatullah!!,
ingatlah Allah Yang Maha Kuasa,
pasti akan membalas segala,
pastikan anda persiap siaga!
terima segala balasan daripada si khaliq,
Yang Maha Besar....... 



gambaran hari kiamat..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang...


sahabat yang dirahmati Allah sekalian...kehidupan ini diibaratkan seperti roda...sekejap kita diatas, sekejap kita dbawah...


sahabat...bayangkan apa yang telah kita lakukan didunia ini?
ketika kita berada di alam rahim, lalu, menjadi seorang bayi, seterusnya kanak-kanak, dan menjadi pula seorang remaja dan akhirnya meningkat dewasa  hinggalah malaikat maut menjemput kita...itu pun jikalau Allah masih memberikan umur yang panjang dan memberikan kita peluang untuk memperbanyakkan ibadah...

tetapi...hari ini sahabat...apa sahaja yang kita lakukan didunia ini pasti akan mendapat balasan daripada pencipta dunia...kerana apa?

kerana kita semua hanyalah seorang hamba yang perlu patuh kepada Tuan kita yang Maha Besar...

bayangkan Tuan kita yang memberikan segala kesenangan kepada kita...
tapi....tiba-tiba pula kita ingkar pada kerja yang DIA suruh kita lakukan...


tapi, masih lagi DIA menundakan balasan kepada kita...

ya Allah...kami tahu Engkau sedang memerhatikan kami, Engkau mengetahui apa yang ada didalam hati kami...

ya Allah...takutkan lah kami kepada azabMU..
Bantulah kami untuk merasai cinta kepadaMU...


Ya Allah..Teringatnya aku, kepada surah yang telah Engkau turunkan untuk kami...kami tahu ya Allah,,,ia merupakan peringatan daripadaMU kepada kami.... 

"apabila tejadinya hari kiamat. Terjadinya tidak dapat disangkal-sangkal " (surah al-waqiah 1-2)

ya Allah..terlalu banyak yang telah Engkau berikan peringatan kepada kami tentang hari kiamat...dan mudah-mudahan kami tidak akan lupa akan segala nasihat dan peringatanMU kepada kami..

sahabat yang dikasihi Allah dan dirindui Nabi...

mari kita tinggalkan sejenak hal-hal dunia dan luangkan sedikit masa untuk memikirkan hal-hal berkaitan ukhrawi ini...

ayuh,...bacalah isi kandngan berkaitan hari kiamat ini...dan diharapkan ia memberikan peringatan kepada anda dan diri saya yang terlalu hina ini........





✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad 
Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.