Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~~~~~~~
Assalamualaikum wbt
kepada semua sahabat blogger
apa khabar anda semua pagi ni? moga sentiasa dirahmati ALLAH selalu...amin..
sahabat sekalian, hari ini sy diberikan kesempatan daripada ALLAH untuk sy menulis lagi...
Tajuk post sy hari ini ialah ALLAH pasti akan membantu?? ya, memang tajuk ni yg sy pilih sebab bg sy para hamba ALLAH sering kali dilanda ujian yg datang dgn pelbagai bentuk...betulkan??
Memetik kata-kata ustaz Pahrol Mohd Juoi katanya "kita adalah merupakan seorang hamba yang LAYAK untuk diuji"
Jadi memang sy sangat SETUJU dgn kata-kata yan dilontarkan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi ni...
Sahabat blogger sekalian...
entri sy pada kali ini ialah untuk berkongsi dengan anda semua tentang corat-coret kehidupan sy sebagai seorang hamba ALLAH yg TERSANGAT kerdil ini..
sy pernah berdoa kpd ALLAH sebelum sy menamatkan pengajian sy di tingkatan 5..sy meminta segala-galanya kpd ALLAH...antaranya sy mengharapkan ALLAH mempertemukan sy dgn sahabat2 yg baik akhlaknya,imannya agar mereka akan dapat membimbing sy tika sy akan menyambungkan pelajaran di IPT..Ketika itu sy meminta dgn penuh rasa kehambaan..al-maklum, waktu itu sy baru ingin berubah untuk menjadi seorang muslim sejati...insyaALLAH..
dipendekkan cerita,ketika sy telah ditakdirkan untuk menyambungkan pelajaran di sebuah IPTS tempatan di sebuah kolej...kenapa sy pilih Kolej itu? Pada hakikatnya sy byk mendapat tawaran di IPT2 lain (anda pun mesti macam ni jugakkan)...ha, itulah namanya TAKDIR ..Jadi bila sy telah masuk je kawasan KOLEJ tu..sy terasa begitu janggal sebab suasananya begitu islamik..Tambah2 lagi ramai pulak akak2 SENIOR yg memakai tudung labuh..Wah! dahla masa zaman sekolah dulu sy memang anti dgn org yg pakai tudung labuh...
Ha, dipendekkan lagi cerita, ketika sy di asrama kolej tersebut sy kerap turun ke surau...SubhanALLAH,hampir setiap hari sy menghadirkan diri sy disurau dengan pelbagai majlis ilmu yg dianjurkan...Alhamdulillah ketika sy masih lagi di semester 1 sy telah dipertemukkan dgn para wanita solehah di kolej tersebut..Akhirnya sy dipertemukan dgn sahabat yg baik di kolej tersebut..ALHAMDULILLAH...selama lebih setengah tahun akhirnya sy dapat bertemu dgn seorang sahabat dunia dan akhirat sy...(hanya ALLAH saja yang tahu nama si dia)...Ok, sy nak terangkan di sini...cuba bayangkan sy berdoa kepada ALLAH sebelum sy mula belajar di kolej tersebut pada tahun 2009..dan akhirnya ALLAH mempertemukan sy dgn sahabat sy dunia/akhirat pada tahun 2010 or 2011...(maaf xhengat)
Orang kata >>>>>>>>
ERTINYA PERSAHABATAN ialah
Sy nk tanya siapa yang makbulkan doa sy?
mestilah ALLAH
siapa yang membantu sy dan melancarkan urusan sy sehingga sy boleh menamatkan pengajian sy sehingga semester 6?
mestilah ALLAH...
Ya, pergantungan sy hanya kpd ALLAH...sy sering meminta kepada ALLAH walaupun pada hakikatnya sy TERKADANG lupa kpd ALLAH..ASTAGFIRULLAH..
ALLAH tetap memberikan sahabat yg baik dan solehah kpd sy...samada cepat atau lambat...ALLAH tetap membantu..Baiknya ALLAH
p/s::::: sahabat-sahabat yang baik tu tentunya di KOLEJ UNITI, PORT DICKSON :p
![]() |
| ha, besarkan!!!!!!!hahaha....ni logo kolej kesayangan sy...ditarbiah di sini :p |
entri ke-2::::::::
Orang kata,
"Seandainya kamu tidak mampu melihat kedepan kerana masa depanmu gelap tiada halatuju
dan kamu tidak sanggup menoleh kebelakang kerana zaman lampaumu amat memeritkan,
Dongaklah keatas (dgn menadah doa) disitu kamu akan dapati satu kuasa yg amat menyayangi kamu,mengambil berat ttg dirimu, menjaga hal ehwalmu,
menolong kesulitanmu, mendengar rintihanmu serta melihat segala usahamu..itulah ALLAH! D
IA tidak mengambil sesuatu darimu melainkan ingin
memberi kurniaan (yg terbaik), DIA tidak memberikan kamu rasa dukacita melainkan utk kurnia kegembiraan yg lebih lagi, DIA tidak menyekat sesuatu keatasmu melainkan utk beri anugerah yg lebih hebat, DIA tidak menimpakan kamu sesuatu musibah keatasmu melainkan DIA sayang kamu"
sy pernah berdoa untuk menjadi seorang guru, Tapi, tak mustahil di dunia ini walaupun sy mengambil jurusan perniagaan. Tetapi, ALLAH tetap memberikan sy peluang untuk menjadi seorang guru...
Ha pada 21.5.2012 selepas sy menamatkan pengajian sy di kolej UNITI..sy telah ditakdirkan untuk menjadi seorang guru iaitu guru sandaran..ALHAMDULILLAH, walaupun hanya guru sandaran sy tetap BERSYUKUR dgn pemberian TUHAN kepada HAMBANYA yang tersangat HINA ini....
SubhanALLAH...pengalaman menjadi seorang guru TERSANGATLAH best...sebab sy dpt melayan kerenah murid-murid yang pelbagai ragam...hahaha...memang tak disangka sy dapat mengajar subjek yang sy sgt suka iaitu bahasa melayu dgn seni, dan juga sivik...
Tapi, tak semestinya sy mengajar subjek2 macam tu sy tak boleh nak menerapkan hal-hal keagamaan kepada bekas murid-murid sy...Setiap kali ada masa terluang sy akan bg sedikit tazkirah kpd murid-murid di sekolah tersebut. Sampai ada seorang pelajar tahun 6 BERSUARA
"Cikgu, kenapa cikgu suka bagi tazkirah?"
jawab sy
jawab sy
" sebab kita ni manusia, sering kali LUPA, jadi sy pun bagi peringatan ni bukan utk diri kamu semua je..tapi, untuk diri sy juga " ^_____^
Solusinya,
kepada mereka yang telah atau bakal menjadi seorang PENDIDIK, anda seharusnya BERSYUKUR kerana ALLAH telah memilih anda untuk mencorakkan anak bangsa agar menjadi insan yang berguna demi dunia dan akhirat
ayat yang EKSLUSIF khas untuk para pendidik!
![]() |
| hai..ni sekolah yang sy pernah belajar dan pernah juga mengajar...ALHAMDULILLAH |
"GURU JUTAWAN AKHIRAT" (fikir-fikrkanlah maksudnya ya:p)
Hehe...sy nak bagitau kat blogger semua yg sebenarnya sy memang minat betul dengan bidang penyiaran..Ya, masa belajar dulu sy memang nak ambil bidang penyiaran pun..Tapi, ALLAH telah merencanakannya terlebih dahulu...jadi, sy akur sebagai seorang hamba..
Nak bagitau ni...ALLAH telah membantu sy pada tarikh 23.5.2012..> teruskan membaca ya
Selalunya setiap kali balik dari mengajar sy JARANG buka RADIO.
Al-maklum, penat sgtkan...sampai tak larat nak buka RADIO...hehehehe
Tapi, tarikh 23.5.2012 telah memberikan 1 inspirasi kepada sy.
kerana, sy telah mendengar iklan di sebuah radio yang mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi DJ sambilan di stesen radio tersebut..Wah, SubhanALLAH..ni lah peluang yang sy tunggu selama ini...
Tika tu, sy TERINGAT yg sy pernah menjadi JURUHEBAH RADIO PEMBINA.FM di kolej sy...Tapi, biasa2 je...takde la material yang selalu ada kat dlm konti radio-radio yang grand kan...
Cuma, pengalaman itulah yg menyebabkan sy TERFIKIR
"Ya ALLAH, walaupun ALLAH memberikan sy peluang menjadi DJ walaupun biasa2 sahaja..tetapi, ia merupakan 1 NIKMAT yang TIDAK TERHINGGA untk sy yang hina ni..."
sy yakin peluang yg ALLAH berikan memang PELBAGAI BENTUK.
Dipendekkan cerita ya, hurm...pada 30.5.2012 sy pun pergilah ke stesen RADIO ISLAMIK yg sy memang minati sangat2 sehingga semasa sy sedang belajar pun sy sempat juga bagi UCAPAN kat Radio IKIM.FM ni...hahahahha
sy pergi agak lambat sikit untuk sesi ujibakat tu disebabkan beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan...
Ok, walaupun sy duduk area KL...sy berterus-terang sy memang tak pernah pun menjejakkan kaki sy di perkarangan radio IKIM.FM tu...hahhaa...Maknanya, 30.5.2012 ni lah tarikh KERAMAT sy menjejakkan kaki di IKIM.FM...
![]() |
ok, ni pula radio favourite sy...hurm,...ALLAH sj yang TAHU....DAN ALLAH pasti akan membantu...aminnnnn ikim fm...pilihan utama anda...:p |
Masa sampai je, memang sy tak tahulah kan sesi ujibakat tu dibuat dibahagian mana sebab suasana di IKIM.FM tu macam best je...aman sangat..
so, teserempak dengan seorang kakak dari Sg Buluh yang kebetulan dia pun nak gi juga audition tu...
kita orang pun jalan la sama-sama, cari tempat audition..BILA dah SAMPAI dekat bahagian audition tu:
SUBHANALLAH, ramainya orang~]!!!!!!!!!!!!!
termasuk mak cik n pak cik pun ada sekali ni...(so sweet)
Hahaha,,sy pun pergi lah bertanya dengan pihak yg menguruskan audition tu. so, katanya
"maaf adik angka giliran dah habis, adik isi borang ni dulu ya, nanti kalau ada apa-apa kami telefon semula ya."
ok tu kata pengurus audition tu..jadi, sy pun hanya sempat mengisi borang sahaja lah. Tanpa sempat untuk diauditionkan....hahahaha
ok, takpe sy tahu ALLAH nak menguji sy
Bak kata sahabat sy Azura Imran "ALLAH dah nampak kan peluang utk kau da..xpe kau sabar ya..mesti ALLAH akan bagi juga peluang kau untuk jadi DJ, cuma cepat atau lambat sahaja"
Terima kasih kepada sahabatku Azura Imran KERANA memberikan kata-kata semangat kepada sy...
DENGAN NAMA ALLAH,
PERCAYA KEPADA ALLAH,
BERTAWAKAL KEPADA ALLAH.....
kata orang lagi>>
jadi sahabat-sahabat blogger sekalian...
doakan untuk sy ya agar sy dapat mencapai cita-cita sy yang da lama terpendam ni
kerana tujuan sy hanyalah untuk menyebarkan islam dengan cara sy tersendiri...insyaALLAH....AMINNNN...
JUSTERU ITU, saya berpegang dengan ayat ini "ALLAH PASTI AKAN MEMBANTU"
Wahai orang-orang yang teruji,
ALLAH SWT BERFIRMAN :::::::::::::::::::::
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
MOGA KITA SEMUA AKAN SENTIASA ISIQAMAH DIJALANYA.....DAN TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA UTUK MEMPEROLEHI RAHMATNYA.....ALLAHUMA AMEENNNNNNNNNN.....



No comments:
Post a Comment