Bismillahirahmanhi rahim…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
SubhanAllah..syukran Allah kerana masih lagi memberikan kesempatan kepada hamba-Mu yang hina ini untuk menikmati kenikmatan yang percuma yang telah Engkau anugerahkan kepada kami…
Baiklah …seperti biasa saya akan mencoretkan sesuatu yang lahir dari hati…anugerah Illahi…
Kali ini…saya akan coretkan tentang KAHWIN!!
Wah…!!!!!!!
Teringat tentang perbualan antara saya dengan h0usemate saya…seri0usly kami memang suka bercerita tentang jodoh..tapi, bukan untuk suka-suka…ia hanyalah perbualan untuk masa depan:::::::::::::::^___^
Saya: awak nak tahu ramai kawan saya yang nak kahwin.
Munirah: ia…samalah ngn kawan saya…haiiiii…saya rasa macam nak kahwin pulak… hehehehe
Saya: saya pun sama…teringin pulak…hahahaha…tapi , kahwin ni bukan untuk suka-suka…ia Melibatkan masa depan, apa yang penting cuba awak tanya kat sume perempuan, ramai diantara kite nak lelaki yang baik …cube awak tengok macam filem “Aku Masih Dara”…part waktu Ashraf muslim temankan sepupu dia, waktu nak jumpa dengan Raja Farah dan Diana Amir…masa tu, awak bayangkan macam mana perasaan/ riak muka dorang masa jumpa dengan Ashraf Muslim yang waktu itu mengenakan baju melayu merah dan berkopiah...teruja betul!!! Walaupun, hakikatnya dalam filem tu dorang seksi (Alhamdulillah, sekarang ni dorang dah pakai tudung syukur). Kesimpulannya, kat sini..kita kenalah jadi baik dulu sebelum nak dapatkan yang lebih baik…betul tak??
Munirah: betul tu, sume orang nakkan lelaki yang baik…Mudah-mudahan Allah pertemukan kita dengan jodoh yang terbaik…aminn…
Saya: aminn…eh, awak nak tau, aritu saya baca Al-Quran…lepas tu, saya asyik ulang satu ayat dalam al-Quran tu taw..hurmmm… ayat dia bunyi macam ni Fauzul Adzim…SubhanAllah, saya apa lagi rujuk la maksud sebenar Fauzul Adzim..0h..rupanya maksud sebenar ayat tu ialah “kemenangan yang agung” …subhanAllah..teringin pulak saya nakkan suami yang bernama Fauzul Adzim…(tu pun kalau ada)…haaaaiii, kalau bukan suami letak nama untuk anak pun takpe…betul tak?
Munirah: hurm…ntah-ntah ada, awak je yang tak tahu…hehehe…tapi, kalau takde pun..letak nama tu untuk nama anak awak pun boleh….(^_*)
Saya : (hanya mampu tersenyum)(****_____****)
Attention…
Dialog diatas , saya hanya reka saja..sebab da lupa ckit..tapi, isi cerita kami tetap sama (^_^)...lagi satu fauzul adzim itu,,hanyalah impian/ angan-angan saya semata-mata (takde kena mengena samada yang masih hidup atau yg da mninggal dunia)
Baiklah… patah balik cite kita…
Sume orang nakkan jodoh yang terbaik..sape yang tak nakkan..hakikatnya, mampukah kita mendapatkan jodoh yang terbaik andai diri kita ini pun belum dipersiapkan dengan amalan-amalan yang telah diperintahkan Allah dan mengikut sunnah yang diamalkan oleh baginda..???
Kadang-kadang saya pun tertanya-tanya pada diri..adakah diri saya akan memperolehi seorang al-rijal yang dapat membimbing saya kelak, sebab saya sendiri pun masih belajar untuk mendalami ilmu agama…tapi, hakikatnya saya sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik…(ya Allah…permudahkanlah urusanku ini ya Allah)…
Bak kata sahabat saya sharifah…eh, popularkan ayat al-quran ni:
perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…
(dalam surah an-nur, ayat 26)
Ya sangat popular apabila dikaitkan tentang jodoh…tetapi, pada hakikatnya…ramai yang kahwin tapi, tidak memilih pasangan nya itu dari segi agama..(bak kata orang, main kahwin je sbb orang tu hensem, cantik, banyak duit, pandai…bla2…)
Dah terbukti…lihatlah perkahwinan yang telah dibina oleh artis Hollywood yang disanjung ramai…adakah mereka bahagia???
Wahai syabab-syabab semua…
Perbaiki diri anda / bentuk diri anda menjadi yang lebih baik untuk membimbing kami insan yang lemah ini kerana apa?
Kerana hakikat sebuah perkahwinan bukan satu perkara yang remeh –temeh:
Bak kata Dr. Amirul Amin…
title: nikah
"Aku terima nikah dia...si dia binti ayah dia
dengan mas kahwinnya RM?
Bunyi macam senang...
Nah ni ertinya::;
aku tanggung dosa-dosa si dia daripada ibu bapanya
apa saja yang dia buat, daripada dedah auratnya, tinggal solat.
aku yang tanggung dan bukan lagi ibubapanya yang tanggung,
dan aku tanggung dosa semua bakal anak-anakku,
kalau gagal, maka aku fasik, dayus
dan aku rela masuk neraka,
aku rela malaikat zabaniyah
melibas aku hingga pecah badanku...
Solusinya, apabila anda wahai rijal ingin membina sebuah perkahwinan, pastikan anda membina diri anda dahulu…jangan menjadi seorang yang dayus….(kalaw nak tau lebih tentang maksud dayus, boleh rujuk bl0g saya tentang (mainkan perananmu wahai si lelaki dayus)…
SEKILAS UNTUK ANDA::::
Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimu bersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu..
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah , waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.
Mudahan-mudahan kita sume dapat menjadi yang terbaik, dan mendapat jodoh yang lebih-lebih terbaik..aminnnn..
(maaf, andai apa yang saya coretkan ini, menganggu sentiviti anda) ^__^CINTA ALLAH, CINTA HAKIKI......




No comments:
Post a Comment