salam

ASSALAMUALAIKUM HAMBA-HAMBA ALLAH

Sunday, 5 February 2012

AKU RINDU MUHAMMAD….(kalau anda sygkan Rasulullah, bacalah)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, subhanAllah…akhirnya dikesempatan MASA yang telah Allah kurniakan..dapat juga saya mengupdatekan bl0g saya ini…subhanALLAH…syukran Allah.. cuba anda bayangkan da bape  lama saya tinggalkan…sekarang da masuk bulan Februari da…MasyaAllah  lama jugak ya saya tinggalkan bl0g saya yang cikai ni…huhuhuhuhu

Hari ini  5/ 2 /2012 bersamaan dengan hari ahad (12 rabiulawal 1433 Hijrah)…
Hurmmmm…ase macam ada sesuatu yang istimewalah pada hari ini..Ya! memang terlalu istimewa… Memang p0n…ia terlalu sangat istimewa!!!!!
                      
Tapi, bukannyer bulan Februari je, anda sume jangan ingatkan Valentine Day’s ke Valentin0 R0ssi ke  kita nak sambut…heheheheh…maaf..Tapi, kita hari ini telah menyambut sesuatu yang sungguh bermakna iaitu Hari Keputeraan Rasul Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW…subhanALLAH…
Bila direnungkan kembali…Ya ALLAH…terlalu banyak yang telah Baginda korbankan untuk umatnya…demi  menegakkan agama ALLAH yang terlalu suci….Ya Rahman..rindunya kami kepada Baginda….
Teringat 1 kisah…
Dan bacalah sedalam-dalam penghayatan:::::::::::::::::::
Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"

Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-


Allahumma soli'ala saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'...
Salaam bagimu Wahai Rasulallah
Salaam bagimu Wahai Kekasih Allah, 
Salaam bagimu wahai kekasih kami..
Turut bergembira atas kelahiran Manusia Suci yang Karenanya diciptakanya 
Ala semesta beserta isinya.
              

  Allahuma soli ala saidina muhammad......




                                            
Dan ada jugak 1 kisah ini…..
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. ...

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya?” “

Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.” Subhanallah... hebatnya pengorbanan dan kasih syg yang ada pada baginda. Bagaimana kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. ?
                    
Sekalipun airmata mengalir hanya dengan membaca kisah ini, masih juga kita tidak mampu membalas tiap pengorbanan yang telah baginda lakukan buat umat-umatnya. Muhasabahlah diri, moga dengan setulus ingatan dan selawat ke atas baginda, bisa meluahkan rasa kasih sayang yang ingin kita curahkan pada Rasulullah S.A.W….

Sahabat…bagaimana dengan ibrah(pengajaran) dari kisah diatas, kalau anda tidak menangis ketika membaca kisah ini…
Cuba anda tanyakan sendiri dengan hati anda::::::::::::::::::::::::
              
Baiklah…kita semua sayangkan Baginda, dan terlalu mengharapkan syafaat Baginda kelak…Tapi kadang-kadng sunnahnya kita tinggalkan,
Selawat pun jarang sama sekali…Tp, rajin pula mengungkapkan kalimah I lup U kpd pasangan…Bak kata kumpulan Hijjaz  “Menunjukkan kasih kepada Rasulullah s.a.w bukan semata-mata dengan berselawat, tetapi yang lebih penting adalah berusaha mencontohi sunnahnya. Dan sunnah Rasulullah itu lebih dari sekadar menyimpan janggut dan berpoligami. Tidak merokok juga adalah salah satu sunnah Rasul. Jangan cuma berselawat ketika Maulidur Rasul saja. :)”
Top of Form
 

Sahabat…andai Rasulullah masih ada lagi…tentu kita dapat berk0ngsi suka dan duka dengan Baginda…
Kita bercerita dengan Baginda…
“Wahai kekasih Allah..adakah Engkau sayangkan aku umatmu yang hina ini?”
Dan bayangkan  kalau Baginda menjawab (untuk memujuk hati umatnya):;:
“Tidak, aku sayangkan semua umatku”..

Ya Allah..walaupun kami tidak dapat bersua wajah dengan Baginda…Tapi, kami dapat merasakan wajah Baginda yang penuh dengan Nur dan ketenangan…subhanAllah…

Ya Allah…persaksikanlah puisi yang aku coretkan khas untuk baginda


Muhammad..
Siapakah Muhammad?
Adakah hanya sekadar nama
Yang hanya diberi kepada para zuriat?

Ya Allah…
Sedihnya aku…
Hinanya aku..
Kerana tidak mengenali kekasihMU..
        
Ya Rahman…
Andai hati ini tertutup untuk mengenali Baginda dengan lebih erat..
Maka, Kau bukakanlah hati ini untuk mengenalinya…

Tidak…..
Aku tidak mahu menjadi orang yang bakhil
Iaitu orang yang tidak mahu
Mengucapkan selawat kepada kekasih-Mu..

Wahai Allah…
Bantulah aku..
untuk mendapatkan syafaat Baginda diakhirat kelak.


Wahai Allah..Wahai Muhammad…
Janganlah Engkau dan kekasihMu
Memalingkan wajah kepadaku
Hamba yang hina…

Ketika waktu perjumpaan diantara kita
Diakhirat kelak…
Engkau senyumlah kepada ku 
wahai kekasihku , Muhammad.

Aku tidak mahu engkau
Mengungkapkan kalimah aku bukan umatmu..
Aku takut..
Sayangilah aku…wahai kekasihku…
Sungguh…
Aku rindu padamu wahai Muhammad…

(coretan dari hati….buat kekasihku Muhammad)

ANDAI RINDUKAN MUHAMMAD, UCAPKANLAH SELAWAT::::::
                          

                Allahuma soli ala saidina muhammad......

Top of Form


             

No comments:

Post a Comment